Pelajaran 3. Cara mengetahui apa yang perlu dilakukan 5-7 minit untuk membaca

Anda telah melakukan langkah pertama. Anda telah membuka urusniaga dan melihat bagaimana pasaran bergerak. Sekarang mari kita maju dengan lebih serius lagi. Adakah anda tahu apa yang sedang berlaku pada carta? Apa itu carta?

Anda akan menggunakan pelbagai kaedah untuk meramalkan pergerakan harga. Walau apa pun yang anda lakukan, satu perkara yang pasti ialah anda akan melihat carta untuk membuat ramalan atau unjuran. Kami akan menunjukkan kepada anda cara memahami carta dan memilih pilihan terbaik.

Jenis-jenis carta

Anda bermula dengan menggunakan carta garisan untuk menyemak harga. Inilah rupa carta garisan:

3_2.png

Carta garis adalah, pada dasarnya, garis yang menunjukkan bagaimana harga bergerak pada masa lalu. Ia hanya menunjukkan perubahan harga yang penting sahaja. Carta jenis ini lebih mudah diurus untuk pedagang baru.

Dalam contoh di atas, dengan sekilas pandang anda tahu bahawa harga telah bergerak naik dan kemudian mula bergerak turun.

Masalah dengan carta garisan adalah ia terlalu ringkas. Setiap titik pada carta garisan memberitahu kita di mana harga telah singgah pada masa lalu. Tetapi itu sahaja tidak mencukupi. Seterusnya, mari kita pelajari apa itu rangka masa.

Rangka masa (timeframe) menunjukkan bagaimana harga berubah dalam tempoh yang ditetapkan. Pada carta garisan, ia menghubungkan harga-harga penutupan untuk setiap tempoh, seperti 1 jam atau 1 hari, memberikan anda gambaran ringkas tentang trend.

Contoh di bawah menandakan setiap harga penutupan, menunjukkan pergerakan harga sepanjang 10 jam.

3_1.png

Anda boleh melihat lebih banyak maklumat pada carta candlestick seperti di bawah.

3_3.png

Setiap batang lilin menunjukkan bagaimana harga bergerak dalam sesuatu tempoh:

  • Tubuh menunjukkan harga pembukaan dan penutupan.

  • Bayang atas menunjukkan harga tertinggi yang dicapai.

  • Bayang bawah menunjukkan harga terendah.

1_3_MS.png

Candlestick berwarna hijau jika harga naik sepanjang tempoh tersebut. Dalam kes ini, harga bermula dari harga Buka (bahagian bawah lilin) dan berakhir pada harga Tutup. Candlestick hijau dikatakan bullish.
Candlestick berwarna merah jika harga jatuh sepanjang tempoh tersebut. Dalam kes ini, harga bermula dari harga Buka (bahagian atas lilin) dan berakhir pada harga Tutup. Batang lilin merah dikatakan bearish.

Jom buka rangka masa harian dalam aplikasi FBS. Setiap batang candlestick menunjukkan perubahan harga dalam satu hari, jadi lima candlestick menunjukkan tingkah laku EURUSD dari Isnin hingga Jumaat.

3_4.png

Sekarang, pergi ke carta 5 minit. Pada carta ini, setiap batang candlestick menunjukkan perubahan harga dalam masa 5 minit, dan keseluruhan tangkapan skrin menunjukkan perubahan dalam tempoh hanya beberapa jam.

3_5.png

Sebatang candlestick menunjukkan bagaimana harga bergerak dalam satu tempoh masa yang ditetapkan: tubuh menunjukkan di mana ia dibuka dan ditutup, dan sumbu menunjukkan titik tertinggi dan terendah. Hijau bermakna harga naik, dan merah bermakna ia turun.

Anda akan melihat banyak carta candlestick di internet. Kadang-kadang, anda akan melihat candlestick hitam dan putih, pada masa lain — yang berwarna hijau dan merah.

Jangan risau, warna candlestick tak penting. Di FBS, kami menggunakan warna hijau untuk candlestick bullish dan merah untuk yang bearish secara lalai, tetapi terdapat pilihan untuk menyesuaikan warna seperti yang anda inginkan.

Meramalkan harga

Sudah bersedia untuk meramalkan pergerakan harga buat kali pertama? Di sinilah perdagangan sebenar berlaku. Bayangkan mengetahui ke mana pasaran akan pergi, sebelum ia berlaku. Kami akan menggunakan analisis teknikal dan analisis fundamental untuk mendahului permainan.

Buka akaun demo

Analisis teknikal

Kelebihan utama analisis teknikal ialah ia mudah difahami tetapi ia berupaya menjadi alat yang sangat ampuh jika digunakan dengan betul. Lihat carta di bawah.

3_6.png

Apabila anda sudah tahu bagaimana candlestick berfungsi ia akan nampak cukup mudah. Harga naik di bahagian kiri carta dan jatuh di sebelah kanan. Bagaimanakah kita meramalkan titik perubahan itu sebelum ia berlaku? Kita gunakan indikator teknikal.

Indikator teknikal adalah alat yang membantu trader menganalisis pergerakan harga dan memutuskan masa untuk membeli atau menjual. Ia berfungsi secara automatik dan memberitahu anda lebih daripada apa yang dapat dilihat pada carta yang jelas. Salah satu indikator yang paling popular ialah RSI.

Indeks kekuatan relatif (RSI) memberitahu kita apabila harga terlalu tinggi atau terlalu rendah, memberikan kita petunjuk tentang apa yang mungkin berlaku seterusnya. Dalam kes ini, RSI sudah terlalu tinggi, menandakan bahawa sudah tiba masanya untuk harga turun sedikit.

3_7.png

Mari cuba gunakan RSI. Tambahkan indikator RSI ke dalam aplikasi FBS.

lesson 3 add RSI_optimized.gif

Lihat bagaimana harga bergerak apabila RSI sudah terlalu tinggi atau terlalu rendah? Jika ia tinggi, harganya cenderung turun tidak lama lagi. Jika ia rendah, harga cenderung naik. Cuba lihat detik-detik ini pada carta anda.

Analisis fundamental

Ingin tahu apa lagi yang mendorong pergerakan harga? Peristiwa dan acara besar — perubahan dasar kerajaan, laporan kewangan daripada syarikat besar, atau berita global — boleh menyebabkan harga berayun ganas. Analisis fundamental adalah tentang mengesan acara dan peristiwa penting ini.

Bank, kerajaan, dan syarikat sentiasa bertukar-tukar wang merentasi sempadan. Mereka menghantar barangan ke negara lain dan menerima matawang asing. Semakin banyak yang mereka hantar, semakin banyak matawang yang perlu ditukar kembali kepada matawang domestik negara.

  • Bank-bank besar melaksanakan transaksi rentas sempadan.

  • Kerajaan-kerajaan perlu membeli matawang asing untuk membayar hutang dan membina rizab.

  • Syarikat-syarikat besar membuat bayaran untuk penggabungan dan pengambilalihan dari satu negara ke negara lain.

Katakan anda melihat tajuk berita, ‘Kadar faedah meningkat.’

  1. Kadar faedah yang lebih tinggi merujuk pada kadar faedah deposit.

  2. Bank menarik lebih banyak deposit.

  3. Bekalan mata wang berkurangan.

  4. Dengan bekalan yang semakin sedikit, nilai matawang sering naik.

  5. Ini mungkin signal untuk mempertimbangkan posisi beli, menjangkakan matawang akan mengukuh.

Sebagai contoh, seluruh komuniti trading memantau pengumuman angka CPI Amerika Syarikat (ia adalah ukuran pertumbuhan harga). Apabila CPI terlalu tinggi, bank pusat AS meningkatkan kadar faedah, mengurangkan jumlah USD di pasaran.

Akibatnya, apabila CPI terlalu tinggi, USD biasanya naik.

Rajah di bawah menunjukkan situasi pada 10 Oktober 2024, apabila CPI AS ternyata mengatasi jangkaan (terlalu tinggi). USD tiba-tiba menguat (nilainya naik), dan EURUSD turun.

3_8.png

Apabila nilai USD naik, ia menjadi lebih kuat berbanding matawang lain. Dalam pasangan EURUSD, USD yang lebih kukuh bermakna ia memerlukan lebih sedikit dolar untuk membeli 1 euro, menyebabkan kadar EURUSD jatuh.

Apabila USD naik, EURUSD turun.

Ambil perhatian, ini adalah contoh analisis fundamental yang sangat mudah. Kami menyelidikinya dengan lebih mendalam dalam bahan lanjutan kami. Kami pasti anda akan mendapati ia amat berguna selepas anda tamat kursus ini. Selain itu, anda boleh membaca analisis kami di saluran Telegram untuk mengikuti tentang semua acara dan peristiwa penting.

Apakah instrumen yang ada?

Setiap trader FBS boleh membuka posisi untuk beraneka CFD, semuanya tersedia pada satu platform. Berikut rungkaiannya secara ringkas:

Instrumen

Keterangan

Contoh

Tip Penting

Pasangan Matawang

Trade berdasarkan perubahan harga matawang. Anda tidak membeli matawang sebenar, anda trade pasangan ini dalam bentuk CFD.

EURUSD, GBPJPY, EURGBP

Pasangan tanpa USD atau EUR menawarkan spread yang lebih besar tetapi kemeruapannya lebih tinggi — elakkan ini jika anda baru bermula.

Komoditi

CFD pada bahan mentah yang didagangkan. Yang popular termasuk logam berharga, minyak, dan gas asli.

Emas (XAUUSD), Minyak Brent, Gas Asli

Harga komoditi adakalanya meruap-ruap. Gunakan analisis teknikal untuk memilih masa yang sesuai untuk berurusniaga.

Saham

Pemilikan dalam suatu syarikat dipecah-pecahkan dalam bentuk saham, yang anda boleh trade sebagai CFD. Prestasi syarikat dan sentimen pasaran mempengaruhi harga saham.

Amazon, Tesla, Apple

Trading mengikuti trend pasaran jangka panjang sesuai untuk saham.

Indeks

CFD bagi rampaian saham yang mewakili sebahagian daripada pasaran. Sering digunakan sebagai tolok ukur untuk prestasi pasaran secara keseluruhan.

S&P 500 (US500), Nasdaq (US100), Dow Jones (US30)

Gunakannya apabila pasaran saham ditutup atau untuk lindung nilai (hedge) terhadap pergerakan saham individu.

Kerja rumah

Yang ini lebih sukar kerana anda perlu belajar untuk berjaya.

Buka aplikasi FBS dan tambahkan indikator Bollinger Bands (BB) ke carta 5 minit.

Buka aplikasi

lesson 3 ending_parts 1_optimized.gif

Lihat bahawa ia terdiri bukan sahaja daripada satu jalur seperti RSI, tetapi beberapa jalur. Harga cenderung melantun di antara garisan atas dan bawah, memberikan anda petunjuk tentang pergerakan harga pada masa depan.

lesson 3 ending_parts 2_optimized.gif

Buka urusniaga beli apabila harga menyentuh jalur bawah.

3_9.png

Lihat apa yang berlaku dalam tempoh 20-30 minit akan datang. Anda baru sahaja menggunakan analisis teknikal untuk meramalkan pergerakan harga — bagaimana rasanya membuat keputusan sendiri?

Dalam pelajaran seterusnya, kami akan menggunakan kerja rumah ini sebagai asas untuk membangunkan strategi yang lebih maju.

Kongsi kepada rakan-rakan: